10 November 2009

Hukum Hudud : Hukuman syarak yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah SWT seperti memotong tangan si pencuri, rejam ke atas penzina dengan syarat-syarat tertentu.
Kesalahan yang dikenakan Hukum Hudud:a-Mencuri b-Berzina/Liwat/Sihak c-Merompak d-Menuduh perempuan berzina e-Meminum minuman keras f-Murtad g-Tidak solat h-Tukang sihir

09 November 2009



        
KEJU YANG BERCAMPUR DENGAN PEPSIN KHINZIR.
     Berhubung dengan keju yang dicampurkan dengan pepsin khinzir yang najis, yang tidak halal memakannya menurut sepakat ulama’, tetapi bertukar bentuknya apabila larut di dalam susu binatang yang dimakan dagingnya menjadi keju, hukumnnya adalah suci dan elok, kerana telah mengalami perubahan sebagaimana yang telah pengarang sebutkan di dalam perbahasan mengenai teori Al-Istihalah.

07 November 2009

How to make cheese





Ulama’ berselisih pendapat tentang kenajisan pepsin bangkai halal atau tidak, dan keju yang bercampur dengannya kepada dua golongan:

Tiada yang lebih baik daripadanya.

          DAN TIADA YANG LEBIH BAIK PERKATAANNYA DARIPADA ORANG YANG MENYERU KEPADA ALLAH SWT, SERTA DIA SENDIRI MENGERJAKAN AMAL YANG BAIK
[Surah: Fussilat. ayat:33)

05 November 2009


           Teori Perubahan Zat (Al-Istihalah)dari segi istilah fiqh ialah perubahan hakikat sesuatu dengan cara hilang sebahagian atau keseluruhan konsepnya.sesetengan ulama fiqh mendifinisikannya sebagai perubahan tabi'at sesuatu. Berdasarkan istilah saintifik pula ialah Tindakbalas kimia yang merubah sesuatu bahan menjadi bahan yang lain seperti perubahan minyak dan lemak yang diperolehi daripada pelbagai sumber kepada sabun.
Hukum-hukum yang perlu diperhalusi oleh semua umat Islam:Sila beli dan baca 2 buku di atas.
i-Halal Gelatin daripada babi.
ii-Halal mengguna bulu babi sebagai benang jahitan atau bulu berus gigi.
iii-Halal sabun yang diperbuat daripada lemak babi.
iv.Halal campuran Pepsin bangkai atau babi dalam keju
v-Halal menampal sementara kulit babi pada tempat kulit yang melecur terkena api.

04 November 2009


Jangan ulangi lagi ayat ini di akhir ceramah atau kuliah anda.

i-( APA YANG BAIK DARIPADA ALLAH DAN APA YANG BURUK DARIPADA SAYA.)

Apa yang baik dan buruk semuanya daripada Allah SWT.sebutlah begini sebagai gantinya.

ii-( APA YANG BAIK DARIPADA ALLAH DAN APA YANG BURUK JUGA DARIPADA ALLAH TETAPI ATAS PILIHAN DIRI SAYA SENDIRI UNTUK MELAKUKANNYA.)

Catatan:(( Sila pelajari kitab Aqidah Mukmin. Abu bakar Jabir Al-Jazairi, Bab: Daripada Allah atau daripada diri sendiri. muka surat 379-383))
Tolong beri penjelasan kepada masyarakat apakah yang di maksudkan dengan buruk dan baik daripada Allah SWT.